SARASYAIIERA ;
Baby on delivery...

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalammualaikum w.b.t..
  
Hari ni tetiba rasa nak tengok blog sendiri yang dah lama ditinggal sejak bersalin dulu, so aku rasa nak cerita lah serba sedikit pengalaman bersalin yang mana aku masih ingat dalam ingatan ni.


Alhamdullilah aku selamat melahir baby girl pada 25/02/2016 dengan berat 2.3kg pukul 7.00 pagi dan pada kandungan 36 minggu, ok itu memang di luar jangkaan aku yang aku akan bersalin awal seriously memang diluar jangkaan sangat dengan set bantal tilam tak ready lagi, beg baby tak beli lagi, pengalaman sangat.. nasib baju baby dah basuh siap, hihi..

so kat sini aku share lah sikit pengalaman sebelum nak bersalin.
 
Tiba-tiba tersedar sebab rasa air dah nak terkeluar, aku ingat aku dah nak terkencing atas tilam, masuk jer dalam toilet memang banyak air keluar sekali darah.. Waktu ni memang rasa terpaku sangat n terkejut apa benda ni dengan air keluar non-stopnya.. terus panggil suami suruh tengok dia pun terkejut n tanya kenapa ada rasa sakit ker??? aku pun jawab tak.. tak rasa sakit apa-apa tapi air masih banyak keluar. Suami pun call mama dia suruh datang rumah tengok kenapa aku macam ni.. rupanya air ketumban dah turun daa..
  
terus lah cepat-cepat pergi hospital permaisuri bainun, risau keadaan baby dalam perut macam mana. Sampai-sampai hospital terus daftar cek jantung baby dan laluan dah bukak berapa CM, waktu nak cek laluan tu aku dah gabra.. mana taknya orang selalu cerita betapa sakitnya kene cek laluan, ada yang cakap dah tak ingat sakit bersalin macam mana cuma teringat sakit cek laluan jer.. ha manalah aku ta gabra punya selawat nabi time kene cek laluan dulu, haha..
 
tapi alhamdulillah, tak ada lah teruk sangat rasanya kalau kita ikut cara yang doktor ajar kene tarik nafas dan jangan angkat punggung! sekarang dah bersalin aku dah lupa pun rasa dia macam mana.


 K Bye!


 

34 Weeks!

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalammualaikum.. Alhamdulillah hari ni aku dah 34 minggu! Masih diberi peluang untuk membawa baby dalam kandungan dengan sihat dan jayanya. hihi..

Sepanjang mengandung alhamdulillah tak ada benda buruk yang jadi, terima kasih Allah.. sebab memudahkan sepanjang tempoh aku mengandung ni, cuma akhir-akhir ni kaki kerap bengkak atau dalam erti kata lain sembab! bukan kaki jer yang sembab dengan sekali tangan dan jari jemari pun jadi sembab selalu aku cuma dengar 'n' tengok kaki orang jer yang sembab tak pernah tahu pun rupanya tangan pun bole sembab..

Disebabkan kaki aku dah jadi macam ni terpaksalah ulang alik selang beberapa hari untuk check tekanan darah untuk kali ke-4 sepanjang aku mengandung, nurse risau tiba-tiba jadi darah tinggi dan boleh menimbulkan masaalah untuk melahirkan baby nanti.


Jadi ada kemungkinan kaki sembab ni dah hampir nak bersalin atau yang paling pasti badan dah berat sebab setiap bulan berat aku akan naik 2 kilo dan kadang-kadang dalam tempoh seminggu pun boleh naik sekilo, sampai lah ke hari ini berat aku dah mencecah 66.9 kilo! Woo.. mama kata kene happy berat naik sebab mengandung, tapi yang buat aku tak happy bila badan aku jer nampak mengembang dan membesar tapi perut tak berapa nak besar. hmmm...

Scan di klinik Dr. Raoofah, ingat nak buat 4D tapi baby tutup muka.. so doktor cakap rugilah bayar mahal-mahal tapi tak nampak muka baby, jadi tercipta lah 2D sahaja.. dan time ni jugaklah aku minta doktor tengok jantina baby.


Tapi tak apalah asalkan baby sihat dan aktif dalam perut ummi kan, agagaga~

Untuk minggu yang ke-34 ni alhamdulillah aku dah dapat tahu jantina baby aku dan semestilah geng ummi GEGIRL! dapat jer tahu girl terus beli barang pink dan baju ala-ala dress tapi sebenarnya time tak tahu pun aku dah beli barang pink jugak contohnya raga baju baby 'n' raga plus dan babahnya pun kerap pulak pakai baju pink bola dia waktu aku mengandung ni mungkin itu salah satu tanda-tanda lah kot selain tu aku pun rajin sangat masak awal-awal mengandung tapi bila dah sampai hujung-hujung ni jadi malas sikit pulak, ahaa...


Persiapan untuk baby aku dah sediakan baju dan seluar lubang-lubang dan baju tak ada lengan for my gegirl al-maklumlah sekarang ni kan musim panas, blanket dan semua keperluan lah nak cakap satu-satu nanti terpanjang lebar pulak.. yang aku tak dapat lagi sekarang pam susu pigeon, aku tak tahu aku patut beli jenama pigeon tu ker atau tak patut? tapi rasanya patut kot sebab pertama takut baby tak nak isap puting ibu pulak sebab baby ni kadang-kadang dia malas nak gerakkan rongga-rongga mulut dia and last dia akan buat drama sedih dia pulak menangis-nangis dan sebab kedua aku percaya pada produk pigeon ni sebab botol susu dia yang berkualiti dan yang paling penting puting botol dia sangat lah lembut dan disebabkan benda ni lah aku memberi kepercayaan kepada pam susu eletrik pigeon.. k.bye!



11/02/2016 @ 5.42 p.m.





Pengalaman mengandung

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ



Alhmadulillah..

Setelah  8 bulan berkahwin aku +positive hamil anak sulung, alhamdulillah sangat rezeki dari Allah s.w.t. waktu ni aku test UPT dah lambat period 8 hari waktu raya aidilfitri hari tu, suami aku cakap tunggu betul-betul lambat 2 minggu baru cuba.. tapi aku ni jenis yang degil sebenarnya dan tak sabar sangat beli jugak suami tak tahu, hihi.. Bila tengok 2 line rasa tak percaya nak jadi ibu dah tak tahu nak cakap perasaan time ni, terus keluar tandas pergi tunjuk kat mama! Haha.. rasa kelakar pun ada.


Kalau sebelum kahwin pendapat aku tentang kehamilan kononya tak nak lah bunting pelamin ni, dah setahun kahwin baru nak fikir ada baby.. Tapi bila dah berkahwin dan lambat pulak lekat, orang selalu tanya dah ada isi ker belum? muncul sendiri perasaan nak ada baby! mesti rasa tak seronok kan bila orang asyik tanya, kita pulak cakap tak ada.. tak ada.. tak ada... kadang-kadang rasa takut kenapa lah tak lekat-lekat lagi.. macam-macam perasaan lah ada. Pada aku yang penting sekali solat dan doa! Barulah kita boleh memohon apa yang kita nak dan jangan lah sesekali ada niat nak anak lambat dalam hati tu, benda elok rezeki dari allah s.w.t pulak kenapa kita tak nak kan.

"Nak share pengalam sendiri macam mana boleh melekat."

Macam aku pengalaman aku sendiri, waktu dah 6 bulan aku kahwin aku period sakit sampai nak muntah, rasa sakit sangat-sangat period pain tu.. tak pernah sebelum ni aku rasa macam tu. Memang every month period aku akan sakit period pain tu, tapi tak pernah lah seteruk macam tu.. sampai terpaksa tuam perut dengan seterika panas! kenangan sangat.. Waktu tu aku ingat lagi aku pergi kenduri kakak sepupu cukup 7 bulan dia mengandung buat doa selamat, mak cik aku pun ada cakap sebelum kakak sepupu tu mengandung pun macam tu jugak period sakit sangat-sangat dan lewat 2 atau 3 hari period.


Lepas tu bulan depannya puasa.. Mak uda aku pantang dekat rumah mama, so aku selalu lah tanya macam mana dia boleh pregnant.. dia amalkan makan apa.. sebab Mak uda aku ni pun lambat lekat jugak dah setahun baru sangkut. Dia cakap dia selalu amalkan makan kurma 3 biji pagi 3 biji malam kene ambil dalam kuantiti yang genap.. aku pun mula-mula tak tahu kenapa.. tapi bila buat research dekat google rupanya Nabi Muhammad s.a.w suka nombor ganjil. Dan sara punya lah research lagi rupanya bagus sangat kalau kita dapat blend kurma dengan susu kambing salah satu usaha untuk dapat kan zuriat. Rupanya bila kita dapat amalkan makanan sunnah ni Jin ta suke duduk dalam perut kita.


Sejak dari hari tu sara kerap amalkan makan kurma dengan jayanya walaupun sebenarnya aku bukan lah penggemar kurma tau. Tapi tak tahu kenapa kali ni senang pulak tekak nak terima dan aku cuma suka kurma yang lembut, kurma keras bertangkai aku still tak minat aku pun ada cuba blend kurma lembut tu dengan susu HL.. memang sedap! rasa macam ais krim vanilla.. serius tak tipu. Sebab aku sendiri pun tak suke minum susu.. tapi aku boleh minum kurma yang di blend dengan susu ni, maknanya memang betul-betul sedap! oklah dah panjang sangat membebel.. kalau rajin nanti aku sambung lagi. Bye!



26/10/2015 @ 11.46 a.m.



Ter-delet post !


Sedih! Dah terdelet post yang lama...
Kenangan sangat dekat Belati Wangsa, nak post lama tu balik.. Huaaa...


Ceritanya macam ni, before aku nak delet blog yang lain aku kononnya nak delet lah dulu post-post dekat dalam blog tu.. Tapi... tak sangka langsung dah terdelet sekali blog ni punya post! Tak ada rezeki lah nak simpan kenangan yang lama waktu anak dara dulu.


Hope kenangan yang akan datang ini lebih indah and bahagia dengan kehadiran orang baru. Sekian bye! nak merajuk.

23/10/2015 @ 10.32 a.m





SUPER WOMEN;
Sara Syaiera Fazlee wife
#UMMIBABAHtobe

Successful people always have 2 things on their lips. *silent & *smile you are what you create. wink* wink*

ALLAH YANG SATU;


" Surah Yunus,Ayat ke 65-66 Ertinya: Janganlah kamu sedih oleh perkataan mereka. Sesungguhnya kekuasaan itu seluruhnya adalah kepunyaan Allah. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (10: 65) "

SUAMI ISTERI;


INSTAGRAM;



OTHERS;