SARASYAIIERA ;
34 Weeks!

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalammualaikum.. Alhamdulillah hari ni aku dah 34 minggu! Masih diberi peluang untuk membawa baby dalam kandungan dengan sihat dan jayanya. hihi..

Sepanjang mengandung alhamdulillah tak ada benda buruk yang jadi, terima kasih Allah.. sebab memudahkan sepanjang tempoh aku mengandung ni, cuma akhir-akhir ni kaki kerap bengkak atau dalam erti kata lain sembab! bukan kaki jer yang sembab dengan sekali tangan dan jari jemari pun jadi sembab selalu aku cuma dengar 'n' tengok kaki orang jer yang sembab tak pernah tahu pun rupanya tangan pun bole sembab..

Disebabkan kaki aku dah jadi macam ni terpaksalah ulang alik selang beberapa hari untuk check tekanan darah untuk kali ke-4 sepanjang aku mengandung, nurse risau tiba-tiba jadi darah tinggi dan boleh menimbulkan masaalah untuk melahirkan baby nanti.


Jadi ada kemungkinan kaki sembab ni dah hampir nak bersalin atau yang paling pasti badan dah berat sebab setiap bulan berat aku akan naik 2 kilo dan kadang-kadang dalam tempoh seminggu pun boleh naik sekilo, sampai lah ke hari ini berat aku dah mencecah 66.9 kilo! Woo.. mama kata kene happy berat naik sebab mengandung, tapi yang buat aku tak happy bila badan aku jer nampak mengembang dan membesar tapi perut tak berapa nak besar. hmmm...

Scan di klinik Dr. Raoofah, ingat nak buat 4D tapi baby tutup muka.. so doktor cakap rugilah bayar mahal-mahal tapi tak nampak muka baby, jadi tercipta lah 2D sahaja.. dan time ni jugaklah aku minta doktor tengok jantina baby.


Tapi tak apalah asalkan baby sihat dan aktif dalam perut ummi kan, agagaga~

Untuk minggu yang ke-34 ni alhamdulillah aku dah dapat tahu jantina baby aku dan semestilah geng ummi GEGIRL! dapat jer tahu girl terus beli barang pink dan baju ala-ala dress tapi sebenarnya time tak tahu pun aku dah beli barang pink jugak contohnya raga baju baby 'n' raga plus dan babahnya pun kerap pulak pakai baju pink bola dia waktu aku mengandung ni mungkin itu salah satu tanda-tanda lah kot selain tu aku pun rajin sangat masak awal-awal mengandung tapi bila dah sampai hujung-hujung ni jadi malas sikit pulak, ahaa...


Persiapan untuk baby aku dah sediakan baju dan seluar lubang-lubang dan baju tak ada lengan for my gegirl al-maklumlah sekarang ni kan musim panas, blanket dan semua keperluan lah nak cakap satu-satu nanti terpanjang lebar pulak.. yang aku tak dapat lagi sekarang pam susu pigeon, aku tak tahu aku patut beli jenama pigeon tu ker atau tak patut? tapi rasanya patut kot sebab pertama takut baby tak nak isap puting ibu pulak sebab baby ni kadang-kadang dia malas nak gerakkan rongga-rongga mulut dia and last dia akan buat drama sedih dia pulak menangis-nangis dan sebab kedua aku percaya pada produk pigeon ni sebab botol susu dia yang berkualiti dan yang paling penting puting botol dia sangat lah lembut dan disebabkan benda ni lah aku memberi kepercayaan kepada pam susu eletrik pigeon.. k.bye!



11/02/2016 @ 5.42 p.m.






PASTFUTURE
SUPER WOMEN;
Sara Syaiera Fazlee wife
#UMMIBABAHtobe

Successful people always have 2 things on their lips. *silent & *smile you are what you create. wink* wink*

ALLAH YANG SATU;


" Surah Yunus,Ayat ke 65-66 Ertinya: Janganlah kamu sedih oleh perkataan mereka. Sesungguhnya kekuasaan itu seluruhnya adalah kepunyaan Allah. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (10: 65) "

SUAMI ISTERI;


INSTAGRAM;



OTHERS;